Home Berita PAS Johor

DMPK Sekijang hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang.

1088
SHARE

DMPK Sekijang hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang.

29 Jun 2019(Sabtu),Segamat:

Pada 29 Jun 2019,Sabtu jam 3 petang seramai 3 orang kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Kawasan ( DMPK ) Sekijang telah hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sekijang 2019
di Hotel Villa,Segamat.

Perasmian ini telah disempurnakan oleh
YB Mulia Dato’ Sharifah Azizah Binti Dato Syed Zain.
(ADUN Penawar,Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia) di Hotel Villa Segamat,Johor.

Ketibaan Puan Normala Sudirman ,Ketua DMPK Sekijang merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah disambut mesra oleh Puan Hjh.Rahana Binti Mohamed,Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang bersama AJKnya.
Turut sama hadir adalah Cik Haslinda Salleh merangkap AJK
Perhubungan Wanita UMNO Negeri Johor.

Majlis diserikan dengan alunan selawat ketika para tetamu masuk ke dewan Hotel Villa Segamat.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu rasmi Negaraku dan lagu rasmi parti sebelum menjemput Puan Hjh Rahana Binti Mohamed dan Datuk Dr.Hj.Baharum Bin Hj. Mohamed ,selaku Ketua UMNO Bahagian Sekijang untuk menyampaikan ucapan.

Turut hadir adalah Tuan Hj.Anuar Bin Abd. Manap.,Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang bersama AJK UMNO Bahagian Sekijang dan sayap Puteri UMNO Sekijang dan wakil Pemuda UMNO Bahagian Sekijang di dewan yang permai ini.

Dalam ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YM Dato’ Sharifah Azizah ,semua perwakilan wanita UMNO diseru agar terus menjalinkan silatirrahim dan hubungan erat dengan muslimat PAS serta berkolaborasi dengan aktiviti kemasyarakatan atas dasar keprihatinan demi Islam .

Semua juga diseru agar terus menjalinkan semangat muafakat tanpa rasa ragu dan penuh keikhlasan kerana mutaakhir ini masa depan ummat Islam semakin terancam,dan masa depan orang Melayu serta hak raja-raja semakin cuba dirobek dan seakan terhakis sedikit demi sedikit .

Sebelum majlis perasmian berakhir,Puan Normala mewakili kepimpinan DMPK Sekijang telah menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan .
Majlis perasmian tamat sekitar jam 5.30 petang .
Semoga tautan mahabbah terus terjalin erat demi ISLAM.

“Penyatuan¬†Ummah Demi ISLAM”
“Islam Memimpin Perpaduan”

Normala dan Rahana mengabdikan kenangan sementara menanti ketibaan perasmi.
Mengabadikan kenangan seusai majlis perasmian
Perwakilan wanita UMNO hadir memenuhi dewan begitu tekun mendengar ucapan pimpinan perasmi
Menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan..