Home Artikel PAS Sabah

Ribuan pengunjung banjiri Majlis Aidilfitri PAS Tawau

777
SHARE

Oleh : NUR MARLYANNAH UMAR

TAWAU  1 Julai – Ribuan pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Tawau yang telah diadakan di sini, semalam.

Majlis yang diadakan di perkarangan hadapan Pejabat PAS Kawasan di Bandar Fajar tersebut telah menerima tetamu seawal jam 9.00 pagi lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang baharu dilantik semasa Muktamar PAS Pusat Kali Ke 65 baru-baru ini, Tuan Mohamad Husain yang juga merangkap YDP Kawasan Tawau menyatakan kegembiraan atas perkembangan tersebut.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kira-kira 100 orang petugas PAS dalam yang telah bertungkus lumus dari malam bagi mempersiapkan juadah dan tempat.

“Juadah kita disediakan oleh petugas kita sendiri dan ia berbeza dari yang disediakan oleh pihak katering.

“Kehadiran tetamu yang berpusu-pusu sehingga jam 2.00 petang menunjukkan majlis objektif majlis ini tercapai dan  berjaya menarik masyarakat untuk bersama-sama PAS Tawau memeriahkan Syawal yang hampir tiba ke penghujungnya.

” Saya merasakan target kita untuk mendapat lima ribu orang pengunjung tercapai dan ia amat menggembirakan kami.

” PAS Tawau amat berterima kasih atas kehadiran semua pihak yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan agama.

” Ini merupakan tanda majlis anjuran PAS mendapat sambutan semua pihak dan mampu menjadi ajen perpaduan masyarakat.

” Saya juga berterima kasih atas kehadiran pimpinan ketua masyarakat dan Parti samada pimpinan dari parti PAS sendiri mahupun pimpinan parti dari pihak kerajaan serta pembangkang seperti UMNO Bahagian Tawau dan UMNO Bahagian Kalabakan.

“Kami turut merasa bertuah atas kehadiran Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah Puan Norsah Bongsu dan rombongan serta pimpinan PAS Kawasan Kalabakan.

” Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan pelbagai pihak serta agensi dan dengan masyarakat Tawau khususnya serta menjadi medan dakwah secara langsung kepada masyarakat,” Kata beliau ketika ditemui di lokasi majlis .