Home Dewan Ulamak PAS Pusat

DIRGAHAYU TUANKU : Semoga sentiasa dalam rahmat dan inayah Allah

47
SHARE

DIRGAHAYU TUANKU: SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN INAYAH ALLAH SWT

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merafa’kan sembah tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2021.

2. DUPP menyeru kepada semua rakyat untuk sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar KDYMM Tuanku dikurniakan kesihatan berpanjangan, kesejahteraan dan kekuatan untuk terus mentadbir dan dan memimpin negara dengan Inayah dan Hidayah Allah SWT.

3. DUPP juga menyeru untuk sama-sama memberikan memberikan sepenuh ketaatan dan kepatuhan kepada kepimpinan KDYMM Tuanku, sesuai dengan Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” (An-Nisa’:59)

4. Semoga KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta semua putera, puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam Rahmat dan Inayah Allah SWt.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Ahli Parlimen (Pasir Puteh)