Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak sumbang bahan mentah kepada keluarga terjejas Covid19

124
SHARE

Mungkin ada keluarga yang terjejas hanya mengalas perut dengan juadah yang ringkas seperti telur goreng dan memasak sardin. Hal ini sampai ke pengetahuan wakil penduduk dan mereka penyampaikan kepada pihak berwajib agar bantuan yang diberi bukan hanya bahan dapur kering tetapi juga bahan mentah supaya mereka dapat menyediakan makanan yang seimbang terutama bagi keluarga besar dan mempunyai ramai isi rumah.

Mengambil faktor itu, PAS Bandar Tun Razak (BTR) menerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS BTR menyumbang bahan mentah yang terdiri daripada 100kg ikan segar, 50 ekor ayam, 50kg sayur-sayuran dan 50 papan telur untuk diagihkan kepada 50 buah keluarga yang memerlukan dan terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 kali ini.

Antara penduduk yang menerima bantuan ini adalah di kawasan Pangsapuri Sri Penara, PPR Sri Johor dan juga Perumahan Awam Sri Kota. Kebanyakan penerima adalah keluarga yang menjadi kontak rapat pesakit Covid19 dan perlu menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari.

Turun bersama menyampaikan bantuan adalah Timbalan Yang Dipertua PAS BTR, Hj Halid Basir dan Ketua Muslimat PAS BTR, Dr Rosni Adam.

“Inisiatif pemberian bahan basah sebegini bagus kerana kita lihat bantuan kerap tertumpu pada bahan mentah kering seperti beras, gandum, gula dan sebagainya. Sedangkan untuk kesihatan kita perlu kepada diet pemakanan yang seimbang terdiri daripada protein dan serat. Jadi inisiatif PAS BTR ini sangat bagus dan selain itu juga, ia membantu pendapatan peniaga-peniaga kecil yang membekalkan bahan mentah itu sendiri.”, ulas Dr Rosni ketika edaran berlangsung.

Kepada yang ingin turut sama menyumbang bagi Tabung Bencana Covid19 BTR ini, kami sangat berbesar hati dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Ingin menyumbang boleh melalui:

https://toyyibpay.com/Kebajikan-BTR

Atau

?Bank Islam
? 14014010096558
PAS Bandar Tun Razak
Rujukan: Covid19

#KamiPrihatin
#LajnahKebajikanDanKemasyarakatanPASBTR
#PASBandarTunRazak
#PASPartiBerkebajikan