Home Kenyataan Media PAS Melaka

Dirgahayu Tuanku | PAS Melaka

15
SHARE

DIRGAHAYU TUANKU

MEWAKILI PAS Negeri Melaka, dengan penuh rasa hormat dan takzimnya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Patik mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan kepada KDYMM Tuanku kekuatan, kesihatan yang baik dan keberkatan agar terus kekal dengan pemerintahan yang penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

DAULAT TUANKU!!

DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
Penasihat Agama YAB Ketua Menteri Melaka