Home Berita PAS Kelantan

Dirgahayu Tuanku

179
SHARE
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Sembah Tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada Isnin, 26 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 07 Jun 2021 Masihi.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memimpin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dengan taufik dan hidayah-Nya diatas singgahsana sebagai Ketua Negara yang menjadi simbol kedaulatan dan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, memayungi rakyat dan perpaduan negara dengan penuh kerukunan.
Patik mendoakan mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia, sentiasa diberi kesihatan berpanjangan dibawah rahmat Allah S.W.T.
“Menjunjung Kasih Tuanku”
“Merakyat Membangun Bersama Islam”
“Keberkatan- Kemakmuran-Kebajikan”
YAB. Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Tarikh :
Isnin, 26 Syawal 1442 Hijrah | 07 Jun 2021 Masihi