Home Berita PAS Johor

Diari YB : Sumbang kerusi roda

48
SHARE
Oleh : ABU HADIF
PAGOH, 5 Ogos : ADUN Bukit Pasir, YB Kapt (B) Najib Lep berkesempatan ziarah dan menyumbang kerusi roda serta barangan keperluan kepada beberapa orang penduduk yang memerlukan, di sini.
“Alhamdullilah, sempat meluangkan masa dalam ibadah ziarah saudara Fadzli Ahmad (Naib Piee), Puan Satimah Bt Samin (Parit Buaya) dan En Ya’akob Mustapha (Kampung Sempang Baba, yang juga merupakan veteran tentera tidak berpencen).
“Saya menyumbang dua buah kerusi roda, susu, lampin pakai buang, keperluan dapur makanan dan sedikit saguhati untuk kegunaan mereka semua.
“Moga Allah redha dan mudahkan ibadah kita, diberi kesembuhan buat mereka, شفاك الله, ” menurut beliau dalam satu hantaran di laman Facebooknya.