Home Berita PAS Johor

Diari YB : Dapur rumah penduduk ditimpa pokok dibantu

62
SHARE

Oleh : ABU HADIF

PAGOH, 5 Ogos : ADUN Bukit Pasir, YB Kapt (B) Najib Lep menziarahi sebuah rumah penduduk yang mengalami kerosakan dibahagian dapur akibat ditimpa pokok kelapa tumbang di Kampung Padang Lalang, Jorak, di sini petang semalam.

Beliau juga telah meminta bantuan dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Pagoh untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan rumah tersebut.

Menurut beliau, makluman awal beliau perolehi daripada Ketua Kampung Pengkalan Bukit yang menyatakan rumah seorang penduduk, Md Zain Ab Rahman telah dihempap pokok.

“Kemalangan ini sudah dilaporkan kepada Pegawai Daerah Muar, Penghulu Mukim Sungai Raya, JKM Muar dan Baitulmal untuk bersama membantu. Semuga Allah permudahkan semua urusan kami dan dalam rahmatNya,” kata beliau.