Home Berita PAS Kelantan

Dialog Ummah platform dua hala rakyat, pemimpin

152
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 19 Sept: Program Dialog Ummah Negeri Kelantan (DUNK) anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) telah masuk siri keempat hari ini.

Siri pertama kelolaan Unit Hubungan Seranta (UHS)
telah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Roslan Hamat sebagai panel jemputan pada 29 Ogos lepas.

Webinar DUNK dijadualkan berlangsung lapan minggu, melibatkan satu siri seminggu yang membincangkan isu dan penyelesaian bagi meredakan psikososial rakyat serta medium kebersamaan kepimpinan dan rakyat.

Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood memaklumkan fokus utama DUNK adalah mencari solusi isu berkaitan kepentingan rakyat, kebersamaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membina hubungan positif dengan Kerajaan Negeri.