Home Berita PAS Pusat

Di Sebalik Tabir Kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah

2015
SHARE

Wira tak didendang ketika tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Taufiqiyah di Keramat pada 13 September 2017 yang mengorbankan 23 anak-anak tahfiz sementara 7 lagi cedera.

Inilah petugas dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dan Wilayah Persekutuan (WP) serta Jabatan Amal WP yang berkampung berhari-hari di Hospital Kuala Lumpur untuk membantu menguruskan mangsa dan menyantuni kaum keluarga.

Mereka santuni keperluan makan minum keluarga mangsa, pemandu kereta jenazah, tukang mandi dan kapan jenazah sehinggalah jenazah selamat disemadikan. Tak terkecuali sumbangan tunai untuk keluarga mangsa.

Hari ini bertempat di Pejabat Agong PAS Pusat, semua petugas diraikan dalam satu majlis ringkas yang dihadiri Dr Rosni Adam, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Dr Azman Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohd Noor Mohamad.