Home Berita PAS Selangor

Tun, Kami Tunggu Mu Datang!

1308
SHARE

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak

Tun, Kami Tunggu Mu Datang!

Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) mengalu-alukan kesediaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir untuk bertanding di Parlimen Gombak.

DPPG telah lama bersiap sedia untuk menghadapi saingan 3 penjuru atau lebih di Parlimen Gombak tanpa mengira siapa pun calon bagi pihak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Pemuda Gombak mengambil cadangan tersebut sebagai cabaran dan bersedia menyahutnya sebagai anak jantan.

Dengan “track record” yang ada pada Tun, Pemuda Gombak tidak memandang enteng cabaran tersebut memandangkan lawan kali ini ialah seorang bekas diktator yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam manipulasi pilihanraya, melacurkan demokrasi dan menzalimi rakyat.

Pemuda Gombak bersedia dengan seluruh kekuatan yang dimiliki untuk turun ke medan perang politik kali ini untuk menamatkan riwayat politik diktator paling lama dalam sejarah Malaysia.

Tun, kami tunggu mu datang!

Dr Md Noor Hussin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
14 Januari 2018