Home Berita PAS Kedah

Kebakaran di Pondok Darul Hidayah, Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah sampaikan sumbangan

352
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 26 MAC – Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menyampaikan sumbangan kepada Tuan Guru Haji Johari Morad dan Ustaz Adnan atas kebakaran yang menimpa di pondok mereka baru-baru ini.

Sumbangan yang berjumlah RM 5000.00 ini disampaikan oleh wakil Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah iaitu Tuan Guru Haji Marzuki, Tuan Guru Haji Ismail Mahmud dan Ustaz Haji Yusuf Ahmad.

Menerusi facebook Dewan Ulamak PAS Kedah, mereka berharap agar sumbangan yang diberi dapat meringankan sedikit bebanan yang diterima.

Adnan menyatakan bahawa beliau reda akan ujian yang diterima. Kebakaran yang membabitkan dua Rumah Guru Pondok Darul Hidayah di Jalan Sungai Mati, Langgar pada 1 Ramadan lepas tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan setakat ini. Punca serta kerugian masih dalam siasatan.

“Saya terima ujian daripada Allah SWT ini walaupun ia berlaku pada 1 Ramadan, syukur tiada kemalangan jiwa,” kata Adnan.