Home Berita PAS Kedah

Ayah dan anak terlibat dalam kemalangan jalan raya

76
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 26 MAC – Saudara David A/L Ramakrishnan dan anaknya patah kaki setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Akibat daripada itu, David yang kini tinggal bersama isteri mengalami kesukaran untuk bergerak. Oleh hal demikian, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) bersama NYDP PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mengambil kesempatan ruang dan waktu yang ada untuk menziarahi David dan anaknya.

Di kesempatan itu juga, PAS KBB telah memberi sumbangan kerusi roda kepada mereka untuk memudahkan urusan pergerakkan.

PAS KBB menerusi facebooknya mengharapkan agar kerusi yang diseumbangkan dapat meringan kesulitan yang dihadapi mereka dan mendoakan agar mereka diberi kesembuhan untuk kembali sihat seperti sediakala.