Home Berita PAS Kedah

Dewan Ulamak PAS Kedah puji ketegasan MB haramkan konsert terkinja-kinja

126
SHARE

Oleh TASNIM

ALOR SETAR – Ketegasan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharamkan semua konsert yang melampau batas akhlak dan syariat Islam adalah tepat dan wajar dipuji.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Rodhi Abdul Rahman berkata Dewan Ulamak PAS Kedah bersetuju dan menyokong pendirian tegas Kerajaan Negeri.

“Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan, polis dan pejabat agama meneliti setiap permohonan dan membuat pemantauan terhadap acara hiburan yang akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Syeikh Rodhi berharap tindakan tegas terhadap penganjur mesti diambil sekiranya terdapat perlanggaran syarat-syarat yang telah diberikan supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi dimasa yang akan datang.

Sementara itu, beliau juga berharap kepada pihak kerajaan supaya menyiasat samada terdapat unsur sabotaj daripada pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin memburukkan imej Kerajaan Negeri yang sangat berjaya pada masa sekarang di bawah pimpinan YAB Dato Seri Sanusi Muhammad Nor.

“Kestabilan politik, pentadbiran yang cekap dan mantap dengan pelbagai bantuan seperti beras sejahtera, khairat kematian dan bantuan pengajian tinggi, serta menarik pelaburan puluhan billion ringgit  ke Kedah yang semestinya menjana peluang pekerjaan untuk anak Kedah.

“Kesemua kejayaan ini dan pelbagai kejayaan lain sangat dicemburui oleh musuh,” ujarnya.