Home Berita PAS Wilayah

GOTONG-ROYONG MENGERATKAN JABATAN AMAL MALAYSIA BANDAR TUN RAZAK DENGAN MASYARAKAT

80
SHARE

Oleh : Abdul Aziz Azmee

24 Sept 2022, Kuala Lumpur – Aktiviti kemasyaratan seperti gotong royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran tetangga. Pada kali ini pihak Jabatan Amal BTR telah dijemput untuk bersama-sama dalam Program Gotong-Royong Perdana anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 2 Parlimen Bandar Tun Razak. Program ini dijalankan hasil kerjasama bersama antara pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Mustaqimah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak.

Program ini yang diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al Mustaqimah, Bandar Tun Razak telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari semua pihak. Dan ini telah memberikan suntikan semangat kepada semua petugas untuk menjalankan gotong-royong. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pelupusan perabot yang telah lusuh, mencantikkan taman mini, membersihkan longkang dari tanah-tanah mendap, membasuh dewan dan kelas serta banyak lagi.

Dengan kekuatan seramai 15 orang anggota, Jabatan Amal Malaysia BTR telah dipecahkan mengikut tugasan-tugasan bersama pihak lain. Tugasan paling sukar pada gotong-royong kali ini adalah untuk melalukan semula air longkang pada laluan air yang tersumbat akibat ditutupi tanah dan daun-daun lama.

Alhamdulillah, dengan kerjsama dan perbincangan bersama pihak guru-guru SRA, anggota BOMBA dan sukarelawan telah berjaya menyelesaikan misi tersebut.

Jabatan Amal Malaysia BTR mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kamaruzzaman bin Kamaruddin (Pengerusi MPPWP BTR), Pn. Asqoh Yusuff (Pengerusi Pejabat Cawangan DBKL BTR), Encik Azari Abu Adam (Setiausaha MPPWP Parlimen BTR, anggota Bomba dan Penyelamat BTR, staf-staf DBKL, Guru Besar & Guru-Guru SRA Al-Mustaqimah, ibu bapa dan murid-murid yang terlibat atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.

emoga aktiviti dan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.