Home Artikel PAS Melaka

Dewan Ulama PAS Melaka Anjur Solat Hajat Mohon Perlindungan Wabak Koronavirus

572
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU : PAS Negeri Melaka telah mengadakan satu program ‘Solat Hajat Perdana’ bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dari wabak ‘CoronaVirus’ di samping memohon agar Negeri Melaka diturunkan hujan pada 13 Februari lepas.

Program anjuran Dewan Ulamak PAS Melaka itu diadakan di Baitul Qurra’ Sungai Udang di sini, bermula pada jam 8.30 malam dengan solat isyak berjemaah. Ia disusuli solat hajat yang dipimpin oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Hilmi.

Seterusnya, program dilengkapkan dengan tazkirah ringkas oleh Yang Dipertua PAS Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Program turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Setiausaha PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz dan beberapa pimpinan negeri serta kawasan.