Home Artikel PAS Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah santuni mangsa kebakaran

226
SHARE

PADANG SERAI – Sekurang-kurangnya lima rumah di Kampung Sungai Seluang Bawah hangus dijilat api. Kejadian kebakaran itu berlaku semalam, 13 September dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Nasrun Othman turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Bantuan yang disampaikan hasil kutipan gabungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai, Yayasan Amal Malaysia dan An Nasr Care bagi meringankan bebanan keluarga yang ditimpa musibah ini.

“Sabarlah dengan musibah yang berlaku, kami (Pemuda PAS) akan bantu dapatkan bantuan dari pihak berwajib,” ujar beliau kepada mangsa kebakaran.

Turut hadir, Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Kedah, Alwee Nordin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Padang Serai, Ustaz Khairi Md Lazim dan ahli jawatankuasa Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai.