Home Artikel PAS Sabah

PRN Sabah: Kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

677
SHARE

1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua rakan-rakan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke-16 ini.

2. Suka untuk saya memperingatkan kepada semua yang turun bertugas agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menjaga kesihatan kerana kita masih lagi berhadapan dengan ancaman Covid-19.

3. Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah sentiasa komited dengan pendirian untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini.

4. Seruan kepada semua dewan muslimat kawasan supaya bersiap sedia mematuhi arahan turun bertugas oleh Jabatan Pilihan Raya Kawasan masing-masing.

Banyak bunga di dalam raga,
Mari dijual di dalam pekan,
Tak kira agama tak kira bangsa,
Perikatan Nasional kita menangkan.

Norsah Bongsu,
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
15 September 2020