Home Berita PAS Kedah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani Prihatin Kesusahan Pelajar

459
SHARE

SUNGAI PETANI,21 Februari 2021- Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani bertemu dengan beberapa orang Penerima dan menyampaikan sumbangan Telefon Pintar kepada Anak-anak Guru Pasti di sekitar Kawasan Sungai Petani

Di musim pandemik Covid 19 ini, semua urusan di Sekolah kebanyakannya online, jadi sudah menjadi kewajipan kepada pelajar untuk memiliki Telefon Pintar bagi urusan pembelajaran mereka.

Tidak semua mampu untuk memiliki Telefon Pintar sendiri, oleh itu kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani terpanggil untuk membantu Pelajar yang memerlukan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani berharap inisiatif ini akan merintis model-model pembelajaran digital untuk penggunaan pada masa depan.