Home Artikel PAS Melaka

DEWAN MUSLIMAT PAS MELAKA ANJUR STREET DAKWAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

97 views
SHARE

 

Oleh : Ummu Husna

KOTA MELAKA- Usaha menyemarakkan lagi syiar Islam di hari kelahiran Baginda Rasullah SAW  telah disambut   dengan mengadakan program “Street Dakwah” di  sekitar Bandar Hilir, Melaka semalam.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah Dewan Muslimat Pas Pusat dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka ini telah disertai oleh 20 orang muslimat muda dan 4 orang anggota unit Amal Melaka.

Program yang berlangsung dari jam 2 hingga 4 petang ini dilaksanakan dengan objektif untuk membawa masyarakat mengenali lebih dekat  lagi biografi  Rasulullah S.A.W, seterusnya menambahkan lagi kecintaan kepada insan yang agung ini.

Sebanyak 1000 keping risalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin  telah berjaya diedarkan kepada orang ramai, pelancong Muslim dan non Muslim di sekitar Megamall Dataran Pahlawan, hadapan Bangunan Stadthuys, Menara Taming Sari dan Taman Bunga Merdeka di hadapan Pahlawan Walk.

Intipati risalah yang diedarkan turut menyatakan sumbangan Baginda Rasulullah S.A.W kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan keturunan.

Di samping itu turut diedarkan juga risalah menutup aurat yg dinamakan “warkah cinta” dan risalah tentang perlembagaan PAS.

Program ini juga telah mendapat reaksi positif dari orang ramai dengan ada di antara mereka terus membacakan risalah yang diedarkan kepada anak-anak yang ada di sisi mereka.