Home Artikel PAS Perlis

Kem Bukit Cowder Jadi Lokasi HAK PASTI Arau

71 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : PASTI Kawasan Arau hari mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya, sebuah markas tentera telah menjadi lokasi penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI kawasan berkenaan.

Seramai 258 orang murid daripada sejumlah 12 buah PASTI dalam kawasan Arau telah diraikan dalam majlis yang diadakan di Markas 30 Briged Infantri, Kem Bukit Cowder, dekat sini pagi tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 24 orang murid telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Cawangan (Kategori 5 dan 6 Tahun) manakala selebihnya menerima sijil dan cenderahati.

Anugerah utama iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Kawasan Arau 2019 pula menjadi milik Hannah bt. Fauzi (5 Tahun) daripada PASTI Al-Fateh, Behor Mali dan Muhammad Azfa b. Ahmad Zulfakri (6 Tahun), pelajar PASTI Al-Furqan, Taman Pauh Indah.

Mereka menerima hadiah berupa sebuah basikal serta plak dan sijil.

Perasmian HAK 2019 PASTI Kawasan Arau disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Zulmi Sabri.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim, Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Arau, Ustaz Nasir Nyan dan Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Ustazah Nor Sarimah Osman.