Home Berita PAS Negeri Sembilan

Demonstrasi Keluar dan Lawan : Signal kepada rakyat untuk memilih calon dalam PRU-15

323
SHARE

OLEH: RUSILAH MD SOM

SEREMBAN, 6 OGOS: “Demonstrasi Keluar dan Lawan yang dianjurkan oleh parti Pakatan Harapan ( PH) itu merupakan signal kepada rakyat untuk memilih calon yang tepat dalam Pilihanraya ke – 15 nanti, kata Ustaz Rosmin Adam.

Wartawan Rakyat Negeri Sembilan mengajukan soalan kepada Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Sembilan ( UMMAH) Ustaz Rosmin Adam berkaitan demonstràsi yang dianjurkan Pakatan Harapan ( PH) pada 31 Julai lalu , beliau berkata, “Demonstrasi haram ini tidak wajar diadakan oleh PH dan tidak ada langsung alasan yang boleh diterima mengadakan nya. terutama ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19.”

Justeru, Pengerusi UMMAH itu menasihatkan rakyat Malaysia agar bijak dan matang memilih calon wakil rakyat dalam Pilihanraya ke 15 nanti dengan mengutamakan pemimpin yang beradab , berintegriti , berhemah dan boleh mematuhi undang-undang negara.

Menurut Ustaz Rosmin Adam, demonstrasi anjuran PH tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat bahkan rakyat sudah muak melihat gelagat segelintir pemimpin tersebut yang turut serta berhimpun dengan bertemakan ‘baju hitam’.

Jelas, kedegilan pemimpin PH mengajurkan demonstrasi haram tersebut melanggar peraturan yang digariskan dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit terutamanya bagi mengelakkan penularan pendemik Covid-19.

Malahan rakaman video dan gambar-gambar yang diviralkan di media sosial juga tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat dan jelas demonstrasi tidak mewakili majoriti suara dan pandangan rakyat Malaysia, tambah beliau.

Mengakhiri temuramah Pengerusi UMMAH berkata, “Demonstrasi bukan penyelesai kepada ketidakpuasan hati rakyat kerana Malaysia sebuah negara demokrasi berperlembagaan, sekiranya terdapat mana-mana pimpinan parti lawan atau rakyat tidak berpuashati dengan kerajaan yang memerintah, hendaklah menyalurkan rasa tidak puashati tersebut dengan cara yang betul dan yang dibenarkan oleh undang-undang. “

RUSILAH BINTI MD. SOM
EDITOR
Berita PAS dan WR
Negeri Sembilan