Home Berita PAS Kedah

Dapat baju raya dan duit raya daripada KLPK

124
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 13 APRIL – Kumpulan Ladang-Ladang Pebadanan Kedah (KLPK), sumbang baju raya dan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Serahan sumbangan tersebut telah diserahkan dalam Majlis Iftar Ramadan KLPK di Dewan Ukir Mall semlam oleh YB Ustaz Azam Abd Samat selaku Pengerusi KLPK SDN. BHD.

Menurut YB Ustaz Azam, majlis anjuran kali ini sedikit berbeza kerana bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama penerima sumbangan, tetapi sekaligus dapat menyerahkan sumbangan baju raya dan duit raya kepada mereka.

Malah urusetia program kali ini juga turut bersama menyantuni anak-anak yatim dan asnaf ini dengan membeli dan memilih sendiri baju raya di sebuah pasar raya pada petang semalam.

Beliau juga berharap agar sumbangan ini dapat menggembirakan hati mereka yang menerima.

“KLPK amat berbesar hati menyumbang baju raya dan sedikit duit raya yang diharap dapat menggembirakan anak-anak ini bagi menyambut Aidifitri nanti.” Ujarnya.

Di samping itu, sumbangan ihya ramadhan kepada pihak pengurusan Pertubuhan Jagaan Kasih dan Pusat Jagaan Baitul Ahmad turut dismapaikan dengan harapan dapat membantu meringankan beban perbelanjan di musim perayaan.