Home Berita PAS Kedah

Anak Kariah Masjid Al-Ma’arufi di Seberang Kota disantuni

102
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 13 APRIL – Anak Kariah Masjid Al-Ma’arufi di Seberang Kota disantuni oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin pada hari Selasa lepas.

Beberapa orang yang layak menerima sumbangan telah menerima serahan bakul makanan pada hari tersebut.

YB Dr. Ahmad Fakhruddin berkata, beliau sudah lama berhasrat ingin turun ke lapangan bagi membantu anak Kariah Masjid Al-Ma’arufi ini dan menunggu masa yang sesuai untuk turun kepada mereka.

“Dah lama saya nak pi bantu anak kariah Masjid Al-Ma’arufi di Seberang Kota. Alhamdulillah, bila mana sesi sidang parlimen awal tahun ini berakhir, baru jumpa masa yang sesuai untuk turun ke sana.

“Syukur tidak terhingga, tangan ini berpeluang menyerahkan bakul makanan kepada tangan penduduk di sana.” Ujarnya.

Menerusi paparan gambar yang dimuat naik menerusi facebook YB Ahmad Fakhruddin, rewang turut diadakan pada hari itu.

Beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan serahan sumbangan bakul makanan ini.

Saya Penyelaras DUN Pak Njang Basir kerana berjaya menyelaraskan program sumbangan tersebut. Tidak dilupakan terima kasih saya ucapkan kepada pihak masjid, Kak Maizura, Kak Ton Shaza Abadi & Pak Lang Det membantu kami turun ke sana.