KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
DAP PARTI RASIS
Bismillahirrahmanirrahim
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam sikap dan tindakan DAP yang membelakangi semangat Perlembagaan dan tidak menghormati Kontrak Sosial 1948 yang selama ini menjadi tonggak kepada perpaduan antara kaum di negara ini.
2. Terlalu banyak kenyataan pimpinan DAP sarat dengan kebiadapan yang benar-benar mengguris perasaan rakyat Malaysia khususnya kaum teras Melayu dan Bumiputera sejak memperoleh kuasa menerusi PRU 14 yang lalu. Antara yang jelas kenyataan dan sikap DAP yang rasis ialah :
i. Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN membantah rancangan pelaksanaan seni khat dan tulisan jawi sebagai sebahagian mata pelajaran yang asalnya sebanyak 6 halaman dan akhirnya berkurangan kepada 3 halaman.
ii. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan DAP mengkritik dan mempersoalkan beberapa universiti awam yang menganjurkan Kongres Maruah Melayu.
iii. DAP tidak bersetuju dengan perintah larangan dari Kementerian Dalam Negeri ke atas komik provokasi oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau yang juga memuatkan kata pengantar dari Setiausaha DAP, Lim Guan Eng. Malah terdapat pimpinan dan akar umbi DAP yang membantah pengumuman oleh Menteri Pendidikan yang melarang pengedaran komik tersebut di sekolah.
iv. Kenyataan pimpinan DAP yang cuba menggangu pihak polis dengan mengkritik tindakan polis berhubung penahanan beberapa ahli DAP dan pimpinannya kerana melibatkan isu LTTE.
3. Jelas sikap DAP yang rasis dan bermusuhan kerana pendiriannya yang anti Islam apabila mempertikai dan mengkritik apa sahaja usaha yang membawa kepada penyatuan ummah antara kalangan kaum Melayu Islam khususnya yang melibatkan antara parti PAS dan UMNO dengan melemparkan label yang tidak sewajarnya.
4. Pendirian dangkal DAP yang membuktikan betapa rasisnya parti itu mengundang kerosakan yang lebih teruk jika dibiarkan berterusan tanpa diambil satu tindakan yang tegas. Antara yang jelas nampak masa kini ialah :
i. Isu Allahyarham Mohamad Adib yang masih lagi belum berkesudahan walau telah disahkan oleh mahkamah bahawa kematian allahyarham adalah disebabkan pembunuhan.
ii. Sekatan royalti oleh Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ke atas negeri Kelantan walaupun telah dipersetujui serahannya oleh PM, Tun Mahathir.
iii. Jelas wujud gerakan terancang dalam mengubah fakta sejarah seakan mahu komunis diiktiraf sebagai salah satu pihak yang diberi penghormatan.
5. Sehubungan itu, DUPP menyokong penuh kenyataan media oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kewajaran untuk DAP diharamkan dan dikuatkan lagi dengan penghujahan yang telah dibentangkan di atas.
Firman Allah SWT :
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةࣰ مِّن دُونِكُمۡ لَا یَأۡلُونَكُمۡ خَبَالࣰا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَاۤءُ مِنۡ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِی صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَیَّنَّا لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” – Ali Imran : 118
Sekian.
YB DR NIK ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
26 Safar 1441 l 25 Oktober 2019