Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Botol Terbang: Riang Tawa Sukaneka

324
SHARE

Botol Terbang: Riang Tawa Sukaneka

Oleh : Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: Acara kemuncak program IT Speed Training 5.0 menyaksikan kemeriahan sukaneka yang diatur oleh ahli jawatankuasa pelaksana program.

Slot bermula dengan senaman ringan disusuli acara sukaneka baling botol, susun cawan dan kotak badminton.

Sebanyak empat kumpulan telah dibentuk dan masing-masing teruja serta bersemangat untuk bersaing dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Semua acara memerlukan strategi, fokus, kerjasama dan kreativiti bagi setiap kumpulan. Gelak tawa bergema serta riak gembira terpancar di wajah setiap peserta sepanjang acara berlangsung tadi.

Acara diakhiri dengan majlis penutup oleh Pengarah Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia, Jazlina Shafawi dan upacara penyampaian hadiah kepada setiap pemenang.