Home Berita PAS Kelantan

Daftar perusahaan, mudahkan kerajaan bari bantuan – Timbalan Menteri MAFI II

57
SHARE

BACHOK, 19 September: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) YB Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat dan bersikap terbuka khususnya membantu golongan petani, penternak dan juga nelayan yang terjejas dengan bencana alam lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun ini.

Walaubagaimanapun katanya, mereka ini haruslah membuat pendaftaran berkaitan perusahaan yang mereka jalankan dengan pertubuhan yang ada dan sah, walaupun perusahaan tersebut berskala kecil.

“Kita di Kementerian sentiasa ada dana yang mencukupi, sekiranya berlaku masalah, sebagai contoh setiap kali tiba musim tengkujuh, mereka yang terjejas akan dikenal pasti untuk diberi bantuan.

Sebab itulah, saya sentiasa tekankan agar ketiga-ketiga golongan ini (petani, penternak dan nelayan) dapat mendaftar, kerana sekiranya tidak berdaftar dan berlaku apa-apa musibah mereka ini tidak akan mendapat bantuan kerana tiada pengenalan diri berkaitan aktiviti pertanian yang diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Pusat Khidmat Dun Tawang di Wakaf Zin, semalam.

Jualan Murah Keluarga Malaysia tersebut ialah inisiatif Kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat mendapat bekalan asas dengan harga yang murah. PJMKM 2.0 itu diselia agensi di bawah MAFI iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dilaksanakan di 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan juga ADUN Tawang YB Dato’ Hassan Mahamood.