Home Artikel PAS Melaka

DACS Melaka Anjur Pertandingan Bowling Piala Ketua Pemuda

142 views
SHARE

Ayer Keroh, 30 Oktober : Department Art ,Culture & Sports(DACS)  Melaka menganjurkan pertandingan bowling piala ketua pemuda pas Negeri Melaka bertempat di Melaka International Bowling Centre, Ayer keroh Melaka.

Program telah berlangsung pada 30 Okt 2017. Sebanyak 76 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung kali diadakan. Sebanyak 19 lane telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Kesemua peserta terdiri dari seluruh Negeri Melaka yang telah dikumpulkan mengikut 6 kawasan di negeri ini.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin, Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka. Pertandingan ini juga menyediakan hadiah berupa hamper dan piala utk pemenang berkumpulan dari satu hingga tujuh yang mendapat markah jatuhan pin tertinggi.

Pengarah program Mohamad Musjid Bin Abu Bashar berkata, “Semua peserta yang hadir memeriahkan pertandingan yang gemilang ini. Melangkui sasaran,Alhamdulillah seramai 76 orang peserta kali ini yang hadir. Sebanyak 19 lane digunakan. Alhamdulillah,sambutan yang memberangsangkan”.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan serta memanjangkan ikatan kemesraan bersama semua. Ia juga dpt melatih kita semua untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan dengan aktiviti luar yang sihat. Juga dapat melahirkan pemuda yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial.

DACS Melaka juga mengharapkan kerjasama dari semua untuk mengadakan program yang sihat begini di lain masa. DACS Melaka juga dalam merangka untuk program sukan mingguan dan bulanan seperti badminton dan futsal.