Home Artikel PAS Melaka

DACS Melaka anjur Pertandingan Boling Piala Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

85 views
SHARE

Oleh : SHAWAL AHMAD (WARM)

AYER KEROH : Department of Art, Culture & Sports (DACS) Melaka menganjurkan Pertandingan Boling Piala Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) , Ayer keroh, Melaka di sini semalam.

Pertandingan ini menerima lebih dari 100 penyertaan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung kali diadakan ini. Sebanyak 27 lorong telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Kesemua peserta terdiri daripada seluruh Pemuda PAS Negeri Melaka yang telah dikumpulkan mengikut enam kawasan di negeri ini termasuk jemputan daripada Umno Bahagian Kota Melaka dan Umno Bahagian Jasin.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek.

Pertandingan ini juga menyediakan hadiah untuk pemenang berkumpulan dari tempat pertama hingga sepuluh dan piala untuk individu dari tempat pertama hingga kelima yang mendapat markah jatuhan pin tertinggi.

Pengarah program, Mohamad Musjid Bin Abu Bashar berkata matlamat program ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan serta memanjangkan ikatan kemesraan bersama Pemuda PAS termasuk dari kalangan pemuda Umno. Selain itu ia juga dapat melahirkan pemuda yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Beliau berkata demikian di dalam ucapan alu-aluannya sebagai pengarah program tersebut.

“DACS Melaka juga mengharapkan kerjasama dari semua untuk mengadakan program yang sihat begini di lain masa. DACS Melaka juga dalam merangka untuk program sukan mingguan dan bulanan seperti badminton dan futsal”. Tambah beliau lagi.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek ketika berucap merasmikan program itu sempat memberikan pesanan kepada pemuda, agar terus beristiqamah bersama Islam dan menjaga akhlak walau dalam keadaan bersukan sekali pun.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Abu Naufal dan Pengerusi DACS Negeri Melaka, Mohd Zulfadli Mohd Salleh.