Home Artikel PAS Sabah

Penganjur Debat PTR patut dikenakan tindakan tegas

132 views
SHARE

Oleh : MOHD FAHMI RAMDHAN
16 Oktober 2019

TAWAU ~ Penganjur Debat Piala Tun Razak 2019 (PTR) patut dikenakan tindakan tegas oleh Kementerian Pendidikan atas tindakan  menggugat  sensitiviti umat Islam.

Ini kerana penganjur telah memberikan tajuk ‘Islam tidak menghalang homoseksual’ dan ‘ Penulisan semula Al-quran’ kepada salah satu pihak pendebat semasa pertandingan itu berlangsung di Seremban pada 11 hingga 13 Oktober yang lalu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tuan Mohamad Husain merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, ia bertujuan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan isu agama.

” Perkara begini sepatutnya tidak berlaku lebih-lebih lagi di negara kita yang menjunjung dan mengamalkan amalan menjaga dan menghormati sensitiviti kaum dan agama.

” Amat menyedihkan apabila peserta yang terlibat dalam pertandingan ini adalah dikalangan pelajar beragama Islam.

” Malah penganjur Debat PTR merupakan pihak yang beragama Islam juga dan seakan menjadi musuh kepada Agama Islam itu sendiri.

“Oleh itu, walaupun penganjur telah memohon maaf , namun PAS Kawasan Tawau berharap agar satu tindakan yang tegas patut dikenakan ke atas penganjur oleh Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.