Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Gejala Bunuh Diri Membimbangkan

309 views
SHARE

Gejala Bunuh Diri Membimbangkan

1.Gejala bunuh diri dalam kalangan masyarakat dunia amat membimbangkan.Bunuh diri telah menjadi antara 10 penyebab kematian yang tertinggi.Di Malaysia, hampir setiap hari ada saja kisah yang didedahkan tidak kira di media sosial mahupun arus perdana.

2.Antara kes terbaru yang dilapor membabitkan seorang pelajar sekolah yang tidak tahan dengan lambakan kerja sekolah di Pulau Pinang.Kes -kes bunuh diri banyak berlaku dikalangan remaja yang berumur 16 tahun ke atas dan dalam kalangan dewasa .

3.Umumnya, bunuh diri juga ketara di seluruh dunia. Laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hampir 800,000 individu kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun di seluruh dunia (satu nyawa pada setiap 40 saat, kadar bunuh diri global sama 11 orang bagi setiap 100,000 penduduk). Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan menjadi punca kematian yang kedua tertinggi bagi mereka yang berumur antara 15 hingga 29 tahun. Lebih menakutkan ialah anggaran bahawa bagi setiap seorang individu yang mati akibat bunuh diri, ada 20 orang lagi yang cuba untuk membunuh diri.

4.Pada usia remaja ,seseorang individu sedang mengalami perubahan biologi dari sudut fizikal mahupun emosi. Keadaan persekitaran dan pengaruh orang sekeliling sangat signifikan dalam menentukan pembentukan cara berfikir dan bertindakbalas kepada sebarang situasi yang dihadapi dalam kehidupannya. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi membendungnya daripada terus berleluasa.

5.Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengajak seluruh ahli komuniti untuk bersama mengembeling tenaga dan fikiran bagi membendung gejala yang semakin merebak ini. Peribahasa melayu ‘menjaga tepi kain orang’ kini wajar dipraktikkan ke arah memaksimakan kerja-kerja mengajak ahli masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

6.Islam yang membawa mesej untuk menjaga kesejahteraan manusia perlulah disebar dan diamalkan.Islam memelihara maruah dan jiwa manusia agar tahu menyatakan kesyukuran atas segala nikmat kehidupan yang telah Allah swt berikan kepada kita.Susah atau senang kehidupan di dunia adalah cabaran yang mesti dihadapi dan diolah dengan penuh bijaksana.

Ingatlah akan Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (An Nisa’: 29-30).

“Islam Memimpin,Wanita Sejahtera”

Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
17 Safar 1441
16 Oktober 2019