Home Artikel PAS Johor

CUKAI KESIHATAN UNTUK PEROKOK

137
SHARE

PAS mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan kawasan larangan merokok kepada orang awam.

PAS merasakan keperluan untuk menjaga kepentingan masyarakat yang tidak merokok daripada terus menjadi perokok pasif tanpa mereka sedari.

Pada masa yang sama, PAS juga merasakan perlu kepada kerajaan untuk mengenakan cukai kesihatan kepada setiap rokok yang di beli. Cukai ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan agenda kementerian dalam aspek pencegahan dan rawatan. Kos setiap rawatan akibat merokok memang sangat tinggi.

Justeru cukai ini penting dalam membantu KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

DR MOHD MAZRI BIN YAHYA
Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat