Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Tinjau Kawasan Masalah Paip Bocor

126
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Prihatin terhadap aduan penduduk, ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim hari ini telah turun padang melawat Kampung Changkat Jawi, dekat sini, bagi meninjau masalah kebocoran paip air di kampung tersebut.

Lawatan turut disertai CEO Syarikat Air Perlis (SAP), Hamid Sahid.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima, Ustaz Mohd. Ridzuan memaklumkan masalah kebocoran paip tersebut sudah berlarutan hampir setahun.

Jelas beliau lagi, isu berkenaan menyebabkan tekanan air menjadi perlahan di beberapa kawasan.

“Sebenarnya, pihak bertanggungjawab telah beberapa kali mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kebocoran paip di kawasan ini, namun masalah berkenaan masih berlaku.”

“Justeru, lawatan kami pada hari ini adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung punca masalah, agar tindakan segera dapat diambil oleh SAP bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa proses penggantian paip baharu akan mula dilaksanakan oleh Syarikat Air Perlis setelah punca kebocoran telah dikenalpasti.