Home Rencana PAS Kelantan

CSR lebuhraya tanpa tol LPT Karak – Kuala Krai

569
SHARE

Projek Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) atau lebih dikenali sebagai lebuhraya CSR ialah projek infrastruktur lebuh raya utama di Malaysia. CSR ini telah dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

CSR pada awalnya dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk disiapkan pada 27 Oktober 2009. Sejak itu, CSR menjadi antara projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah KKR dan terus diberi keutamaan untuk pelaksanaan dalam RMK-12.

CSR adalah projek lebuhraya atau jalan berkembar empat lorong mengikut piawaian JKR R5 yang akan menghubungkan Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan yang meliputi jarak sepanjang 306.8km selepas penjajaran semula dari yang asal 351km.
Projek lebuh raya ini dipecahkan kepada enam pakej pembinaan, iaitu dua pakej melibatkan negeri Kelantan dan empat pakej negeri Pahang. Enam (6) pakej tersebut ialah:

Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km)
Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59.6km)
Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.4km)
Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (44.65km)
Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54.1km)
Pakej 6: Bentong ke Lebuhraya pantai Timur, Pahang (8.05km)

#pakatjagasop
#kelantanmaju
#3dekadmbi