Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju rasmi MAT cawangan-cawangan atas talian

32
SHARE

Oleh Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU,22 Sept: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Cawangan-Cawangan di seluruh kawasan, semalam.

Mesyuarat kali ini sedikit berbeza kerana semua hadirin hanya mendengar ucapan dan perasmian secara maya memandangkan Malaysia masih lagi berdepan dengan ancaman COVID-19.

Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dalam ucapannya mengingatkan semua ahli supaya sentiasa berjemaah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan pada jalan Allah SWT ini.

“PAS bukan sahaja sebuah parti, bahkan sebuah jemaah yang akan kekal sekiranya dijaga dan dipelihara.

Kita bertekad untuk merampas kerusi Parlimen Wangsa Maju dari Pakatan Harapan. PAS mengajak UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan rakan-rakan yang lain untuk bersatu hati,” tegasnya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Tuan Haji Khuzaini Ab Rahman yang jug Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera.

“Jangan letak sekelumit pun kepentingan diri dalam jemaah, buatlah kerana Allah utk jemaah, in shaa Allah bantuan Allah akan datang dari segenap tempat, mengalahkan bala tentera musuh.

“Jangan juga kita mencari jawatan, tetapi jika diberikan jawatan (amanah), buatlah sehabis baik umpama singa yang mencari makanan,” ujarnya.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Harian, Ketua-Ketua Cawangan, Harian Dewan Pemuda serta Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju.