Home Berita PAS Wilayah

387 bakul makanan untuk asnaf, B40 Seputeh

10
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 22 Sep: PAS Kawasan Seputeh telah menyampaikan 387 bakul makanan kepada golongan asnaf dan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 14 September lalu.

Kesemua penerima merupakan penduduk di Parlimen Seputeh dari PPP Bukit Jalil, PPP Muhibbah, Kucai Lama dan Taman Desa.

Bantuan bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Skuad Prihatin PAS Kawasan Seputeh merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Seputeh, Roslina Ab Jalil.

Menurut beliau, selain bantuan bakul makanan, edaran sebanyak 200 bungkus makanan percuma pada setiap minggu juga turut dilaksanakan bagi berkongsi rezeki khususnya buat mereka yang memerlukan.

“Semoga sumbangan-sumbangan yang disalurkan serba sedikit dapat memberikan kelegaan disamping dapat membantu meringankan beban sara hidup para penerima”, ujar beliau.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa COVID-19 Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Seputeh, Nor Azmi Mohamed, Ahli Jawatankuasa Skuad Prihatin Taman Desa, Norsida Mohd Arifin dan Pengerusi Surau Al-Hidayah, Hassan Talib.