Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 3 lagi kes baharu hari ini di Melaka Tengah

1257
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 22 Okt : Tiga lagi kes baharu direkodkan di Melaka hari ini di mana ketiga-tiganya dikesan di Daerah Melaka Tengah.

Demikian dimaklumkan Jabatan Kesihatan Melaka di dalam laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu tiga kes baharu itu dikesan masing-masing satu kes di Mukim Paya Rumput yang dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kesihatan bergejala; di Mukim Chohong, kategori kes jangkitan tempatan saringan kesihatan kontak rapat kes positif dan di Mukim Machap daripada kes jangkitan tempatan saringan kesihatan depo tahanan Kluster Umboo.

Tambah laporan itu lagi Jabatan Kesihatan Melaka turut mengenal pasti satu kluster baharu iaitu Kluster Umboo.

Laporan itu juga menyebut satu kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan kes aktif keseluruhan bagi Negeri Melaka yang sedang dirawat di hospital ialah seramai 35 orang.

Menurut laporan itu lagi jumlah mukim yang dikategorikan sebagai Zon Kuning kekal sebanyak 16 mukim sama seperti semalam.

Sementara itu sebanyak 847 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah masih menjadi negeri merekodkan kes baharu tertinggi hari ini dengan 578 kes.

Lima kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan empat daripadanya dikesan di Sabah dan satu lagi di Kedah.

Perlis hari ini menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak merekod kes baharu Covid-19.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)