Home Artikel PAS Sabah

Covid-19 : PAS Kunak teruskan misi agihan bakul makanan

399
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
22 Oktober 2020

KUNAK: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kunak meneruskan misi agihan bakul makanan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan akibat wabak Covid-19 pagi ini.

Sumbangan disampaikan secara berperingkat kepada yang berkenaan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKPB).

Seramai 14 keluarga yang terjejas di Kampung Sungai Atas menerima bakul makanan pada hari ini.

Sumbangan seperti beras, telur, minyak masak, gula dan tepung diagihkan kepada penerima.

Bakul makanan tersebut diserahkan oleh 3 orang wakil PAS Kunak bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang menyumbang bakul makanan kepada kami untuk kelangsungan hidup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”. Kata seorang penerima bakul makanan.

Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Silam, 110892014454, Ref: PKPDB Kunak.