Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Covid 19: Tangguh Program Ameerah

404
SHARE

Covid 19: Tangguh Program Ameerah 

Ameerah Malaysia dengan ini memaklumkan bahawa semua program Ameerah dalam skala besar adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta mengambil kira penularan wabak Covid-19.

Ameerah Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertungkus-lumus bertugas di saat Malaysia diuji pengalaman getir seperti ini.

Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak ini segera berhenti di samping mengmbil berat langkah-langkah pencegahan seperti mana yang dikeluarkan KKM.

Ambil berat mengenai keperluan kuarantin jika anda pulang dari luar negara serta hubungi ‘hotline’ KKM Covid-19 jika anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, keletihan atau masalah pernafasan.

Ameerah Malaysia bersama rakyat Malaysia melalui situasi sukar ini dan sama-sama mendoakan Malaysia sentiasa selamat dan sejahtera.

YB Zuraida Md Noor
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Mac 2020 / 21 Rejab 1441H

#Covid19
#CoronaVirus
#AmeerahPAS
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS