Home Kenyataan Media PAS Selangor

Daulat Tuanku : Titah Sultan Selangor Berhubung Kerajaan Pintu Belakang

1785
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGOR

DAULAT TUANKU : TITAH SULTAN SELANGOR BERHUBUNG KERAJAAN PINTU BELAKANG

  1. Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) menjunjung tinggi titah DYMM Sultan Selangor pada pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor yang berlangsung pada hari ini. Antara intipati titah tersebut menegaskan perubahan kuasa yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah bukan kerajaan pintu belakang mahupun rampasan kuasa seperti tohmahan dan fitnah.
  2. Seruan DYMM Baginda Sultan Selangor untuk semua pihak menghentikan tohmahan “kerajaan pintu belakang” dan “rampasan kuasa” mestilah diakur bagi memastikan kestabilan politik negara serta menghormati pada keputusan yang telah dibuat oleh SPB YDPA dengan melantik Perdana Menteri ke-8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan kemelut negara yang berlaku sebelum ini.
  3. Ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia perlu menyedari punca kuasa yang diperuntukan pada YDPA sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan dalam masa yang sama meletakkan salah satu dari keistimewaan ketinggian Perlembagaan Malaysia adalah dengan peruntukan Raja Beperlembagaan.
  4. BPPNS menasihati kepada ahli politik dan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan jika masih berdegil dengan meneruskan kempen tanda pagar (#) notmypm merupakan satu kebiadapan terhadap Institusi Beraja yang tidak wajar diteruskan. Ini kerana setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah memberikan kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagaimana rukun kedua dalam Rukun Negara yang mesti dihayati dan dipertahankan.
  5. BPPNS sekali lagi menjunjung tinggi titah DYMM Sultan Selangor atas ketegasan dalam hal yang besar ini bagi memastikan kemelut negara disebabkan masalah dalaman kerajaan PH sendiri sebelum ini agar tidak meleret-meleret. Secara langsung, ia menjadi pengukuhan terhadap jawapan bahawa kerajaan baharu pada hari ini iaitu Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang sah dan menjadi penyelamat dalam menyelesaikan kemelut politik negara yang berlaku.

21 Rejab 1441H | 16 Mac 2020