Home Artikel PAS Johor

Covid-19: Tabung Kebajikan PAS Johor

362
SHARE

1. Khidmat Malaysia Negeri Johor (KMNJ) telah memulakan operasinya pada 22 Mac 2020 yang lalu sejak wabak COVID19 melanda negara dan seluruh dunia.

2. KMNJ telah menggerakkan ke semua 26 Khidmat Malaysia yang berada di peringkat Parlimen/kawasan bagi membantu pihak kerajaan dan masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak ini.

3. Kerjasama dengan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia Negeri Johor (PAPISMA Johor) telah berjaya menghasilkan pelbagai sumbangan yang dibuat sendiri oleh para petugas di seluruh negari Johor.

4. Di antara yang telah berjaya disumbangkan sehingga 31 Mac adalah 4,133 unit pelindung muka (face shield), 348 unit pencuci tangan (hand sanitizer), 800 unit sarung tangan perubatan (medical glove), 245 unit topi perubatan (medical cap) dan beberapa bentuk sumbangan yang lain dan ianya telah diserahkan kepada pihak hospital dan pusat saringan.

5. Di antara hospital dan Klinik Kesihatan yang telah berjaya menerima sumbangan tersebut adalah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Enche Besar Hajah Khalsom Kluang, Klinik Kesihatan Masai, Klinik Kesihatan Pasir Gudang, Pusat Kesihatan Johor Baharu dan Klinik Sungai Mati di Ledang.

6. Sehingga tengahari ini, sebanyak 3,785 keluarga telah berjaya disantuni dengan sumbangan barangan makanan. Makanan seperti beras dan makan kering diberikan kepada masyarakat yang terkesan dengan COVID19.

7. Namun begitu KMNJ yang mensasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 10 ribu keluarga masih memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi merealisasikan harapan ini.

8. Kepada para penyumbang, salurkan sumbangan anda ke Tabung Kebajikan COVID-19 melalui akaun ;

Nama : PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR
No Akaun : 800 6967 429
Bank : CIMB

Mari kita sama-sama membantu mereka.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
4 April 2020