Home Artikel PAS Perlis

Covid-19: PKWR Guar Sanji Terus Agih Bantuan

588
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Memasuki hari kelima, agihan bantuan terus giat dijalankan oleh para petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Guar Sanji kepada para penduduk di sekitar DUN berkenaan.

Pagi tadi, sebanyak 400 buah rumah telah menerima sumbangan berbentuk hamper makanan.

Sumbangan kepada para penduduk telah dihantar menerusi Pengerusi JKKK dan Ketua-ketua Cawangan PAS Kg. Mua, Kg. Behor Pengapit, Kg. Chemumar dan Kg. Che Ok’.

ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan berkata, para penduduk tidak perlu lagi datang ke pusat khidmat wakil rakyat untuk mendapatkan sumbangan sebaliknya pengagihan akan dibuat terus oleh Pengerusi JKKK.

“Kami memberi kepercayaan penuh kepada JKKK untuk menyampaikan sumbangan itu kepada para penduduk dan kami memohon agar semua penduduk memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

“PKWR Guar Sanji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemuda DUN Guar Sanji yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, mengisi barang sumbangan demi manfaat para penduduk,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, pengagihan bantuan secara berfasa itu telah bermula pada 31 Mac dan akan berjalan sehingga 30 April 2020.

Permohonan untuk mendapatkan sumbangan susu dan pampers pula katanya, masih boleh dibuat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji sehingga 30 April 2020.