Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 2 Jun : Seorang wanita berusia 32 tahun adalah antara lima mangsa terbaru yang maut akibat Covid-19 di Negeri Melaka hari ini.
Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut JKNM, wanita ini yang berasal daripada Mukim Krubong Daerah Melaka Tengah tidak mempunyai sebarang penyakit sedia ada merupakan kontak rapat kepada kes positif iaitu suami dan ibu mentua.
Tambah laporan itu, dua kes lagi melibatkan mangsa lelaki, seorang berumur 56 tahun daripada Mukim Melaka Pindah, Daerah Alor Gajah dan seorang lagi berusia 73 tahun daripada Mukim Bukit Piatu, Daerah Melaka Tengah.
Sementara dua kes lagi pula melibat wanita seorang berusia 79 tahun daripada Mukim Melekek, Daerah Alor Gajah dan seorang lagi berusia 77 tahun daripada Mukim Klebang Besar, Daerah Melaka Tengah.
Kes jangkitan baharu
Menurut laporan itu lagi sebanyak 209 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini di mana 201 kes adalah daripada kategori tempatan dan lapan kes lagi daripada kes import.
JKNM turut melaporkan bahawa daripada keseluruhan kes baharu itu juga 111 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 34 kes di Daerah Jasin dan 64 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.
Jabatan itu juga berkata sebanyak 238 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2193 kes masih dirawat dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 13 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.
Laporan kluster
Terdapat pertambahan kes jangkitan baharu bagi 34 kluster aktif sedia ada iaitu 16 kes daripada Kluster Industri Pengkalan Balak; 17 kes bagi Kluster Industri Batu Berendam; tiga kes daripada Kluster Industri Kelemak; empat kes untuk Kluster Batu 16 Bemban; lima kes Kluster Terendak Permai dan satu daripada kes Kluster Taman Asean Dua.
JKNM turut mengumumkan Kluster Kota Syahbandar tamat pada hari ini dengan jumlah keseluruhan 14 kes terkumpul.
Kes seluruh negara
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 7703 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2728 kes diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 701 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 126 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 587,165 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.
Sumbangan baik pulih surau. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank rasmi Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi di akaun Maybank – nombor akaun : 5541 2954 5335
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Yusof : 013 7770745
Nazar : 016 564 8750
Hizwan : 011 5858 8498
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .