Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju bantu penduduk Kampung Puah B40, M40

97
SHARE

WANGSA MAJU, 2 Jun- 15 buah keluarga di Kampung Puah di sini menerima sekampit beras menerusi Program Dapur Rakyat anjuran PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Puah, hari ini.

Ketua PAS Cawangan Kampung Puah, Haji Idris Jamil berkata, program itu bertujuan menyantuni keluarga di sekitar Kg Puah yang tidak berkemampuan termasuklah warga emas dan ibu tunggal.

”Keluarga-keluarga ini kita telah kenalpasti layak untuk menerima sumbangan kampit beras yang diagihkan melalui ahli PAS Cawangan.

“Kita gerakkan setiap ahli PAS cawangan kita untuk santuni masyarakat di samping merapatkan ukhwah antara ahli cawangan dan penduduk setempat.

”Mudah-mudahan agihan ini bermanfaat buat mereka yang menerimanya,” jelasnya.