Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Tiada kes kematian dan kluster baharu hari ini

137
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 27 Sept: Tiada kes kematian atau pun kluster baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Namun, menurut JKN Melaka, sebanyak 346 kes positif baharu direkodkan hari ini di mana 336 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori kes import A, satu kes daripada kes import B dan tujuh kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 231 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 37 kes di Daerah Jasin dan 78 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 370 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5919 kes masih dirawat, berkurang berbanding 5943 kes semalam dengan 36 kes adalah daripada kes ICU dan 21 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 10,959 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 13,104 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,209,194 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2723 kes, diikuti oleh Johor dengan 1227 kes, Kelantan (983), Selangor (979), Pulau Pinang (793), Sabah (751), Pahang (739), Perak (713), Terengganu (691), Kedah (660), Kuala Lumpur (176), Negeri Sembilan (110), Perlis (51), Putrajaya (18) sementara Labuah tidak merekodkan sebarang kes.

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.