Home Berita PAS Selangor

YDP PAS Hulu Selangor santuni 10 penerima bakul makanan – PAS Kawasan Hulu Selangor

16
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

BUKIT SENTOSA, 25 September – YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun telah menyerahkan bakul makanan kepada 10 orang penerima di Taman Bakawali, Bukit Sentosa.

Alhamdulillah setakat ini setiap hujung minggu sabtu dan ahad, YDP PAS Hulu Selangor sentiasa menyalurkan bantuan Prihatin kepada sekitar masyarakat setempat yang memerlukan.

Alhamdulillah hari ini seramai 10 orang penerima sumbangan bakul makanan mengucapkan terima kasih kepada YDP PAS Hulu Selangor dan para penyumbang serta sudi mengunjungi penduduk Taman Bakawali, Bukit Sentosa.

Turut hadir juga Ketua Cawangan Kesumba dan Ajk, SU KRT Taman Bakawali Bukit Sentosa Tuan Latif Ari dan Ajk yang bersama dengan YDP untuk menyalurkan bantuan kepada 10 penerima.

Ucapan penghargaan Tahniah dan terima kasih kepada petugas PAS Hulu Selangor cawangan Kesumba dan cawangan Bukit Sentosa kerana sudi menyantuni dan menyumbang kepada 10 penerima bakul makanan. Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha dalam program kebajikan ini, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor