Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Tiada kes kematian baharu hari ini

145
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 17 Sept: Tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Namun begitu, menurut laporan itu, Melaka tetap merekodkan kes positif baharu iaitu sebanyak 287 kes, selain turut mengesan satu kluster baharu hari ini.

Menurut JKN Melaka, daripada 287 kes positif baharu tersebut, 282 kes adalah daripada kategori kes tempatan, lima kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori kes import A dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 137 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 55 kes di Daerah Jasin dan 95 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 298 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6897 kes masih dirawat, berkurangan berbanding 6908 kes semalam, dengan 70 kes adalah daripada kes ICU dan 23 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 287 kes hari ini ialah, 29 kes melibatkan kluster kilang; 128 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; enam kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 86 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Industri Jalan Usaha Tiga yang dikesan di Daerah Melaka Tengah yang merupakan kluster tempat kerja melibatkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh.

Sebanyak 33 kes positif direkodkan oleh kluster ini setakat hari ini, sementara punca jangkitan ialah secara sporadik dan telah menular ke tempat kerja dan asrama pekerja.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.