Home Berita PAS Pulau Pinang

JPRD Pulau Betong Balik Pulau agih sumbangan kepada asnaf dan mangsa banjir

21
SHARE

BALIK PULAU, 17 SEPTEMBER – Jabatan Piliharan Raya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Pilihan Raya DUN N.39 Pulau Betong dengan kerjasama Muslim Care Society Malaysia telah mengadakan ziarah dan sumbangan kepada 100 buah keluarga di dalam DUN Pulau Betong Balik Pulau semalam.

Program dipimpin dan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang merangkap YDP PAS Kawasan Balik Pulau Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Pengarah JPR DPPN Pulau Pinang Saudara Ahmad Safwan Ujar dan turut disertai oleh TYDP PAS Kawasan Mohd Taufik Hasim serta AJK JPRD N.39 dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau.

Program ini bertujuan menyantuni keluarga asnaf dalam kalangan ibu tunggal, penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim serta mangsa-mangsa banjir kilat tempoh hari di sekitar DUN Pulau Betong.

Antara lokaliti yang diziarahi ialah UDM Ginting, Sungai Burung, Kongsi, Pondok Upeh, Kampung Perlis, Kampung Pulau Betong dan Titi Teras.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain bagi meringankan beban mereka ketika wabak COVID-19 ini.

Ahmad Safwan dalam ucapan ringkasnya berkata semoga gerak kerja ini tidak terhenti hanya pada musim-musim tertentu sahaja tetapi diteruskan secara berterusan, hingga bila-bila, insya-Allah. PAS akan terus mendekati masyarakat dan menyelami permasalahan kehidupan harian golongan asnaf ini, insya-Allah.

“Di samping menyantuni golongan asnaf ini, ianya dapat juga melihat lebih dekat masalah yang mereka hadapi dan mengeratkan hubungan dengan mereka,” ujar Ustaz Fauzi.

Dalam program berkenaan juga, pihak Muslim Care telah menyampaikan sumbangan wang tunai untuk sebuah keluarga berbangsa india yang mempunyai seorang anak kurang upaya bagi meringankan beban keluarga tersebut dalam musim COVID-19 ini.