Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka Terkini : Tiada kes baharu hari ini

319
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA, 14 Julai : Tiada kes baharu dilaporkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Facebook mereka sebentar tadi.

Mengikut laporan itu juga, kes aktif yang masih dirawat kekal dua orang di mana seorang adalah dari kategori import dan seorang lagi adalah kes tempatan dikesan di Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah.

Untuk rekod pada 12 Julai lepas Melaka mencatatkan kes baharu dari kategori import yang dikesan dihidapi oleh seorang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Rusia.

Kes ini dikesan hanya selepas tujuh hari Melaka diisytiharkan sebagai Zon Hijau pada 5 Julai lepas apabila tiada kes baharu dicatatkan selama 14 hari sebelum itu.

Sementara pada 13 Julai pula Melaka mencatatkan kes kedua selepas diisytiharkan zon hijau apabila satu lagi kes dicatatkan di Mukim Durian Tunggal.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)