Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – PAS Kawasan Kapar Terus Menyantuni Rakyat Melalui Program Ziarah Kasih.

231
SHARE

Hari ini Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor merangkap YDP PAS Kawasan Kapar bersama rombongan telah menziarahi encik Othman Ibrahim yang patah di pangkal peha serta kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat terjatuh dari syiling rumah ketika membaiki pendawaian dirumahnya.

Rombongan juga turut menziarahi Tn Hj Maktob Hj Hamim yang merupakan mantan AJK JKKK Kg Meru dan AJK Masjid As Syarif Meru. Beliau kurang sihat akibat penyakit yang dihidapi.

Ustaz Najhan turut memberi sumbangan kasih serta buku kecil karangan Tuan Guru Presiden PAS.

Moga semuanya diberikan kesabaran dan kesembuhan.

23 Zulkaedah 1441H / 14 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan